Me and Life | MissA | profile |

rindu serindu rindunyaaa

Assalamualaikum & Hai people 

arini nak berceloteh sikitt. sikit jee. boleh?

Rinduuuu. Rindu kt spe ni cik aisya? ehem ehem . kat kawan SErendah, SEmenengah, SEmatrik, SEuniversiti. ecehh *sume nak SE* haha . hmm ckp psl rindu ni bukan ape sebenanye ( ayat ape ni?) . maybe sbb rase diri ni trlalu busy , pdahal bukan isteri VVVVIP punnnn. buat buat busy maybe.haha.sorry. yelahh rindu nak berchat , berjalan , ketawa sopan bersama2 (hihi,sambil tutup mulut), amek gmba muka pelik2 dgn kawan lama lama yang jarang jumpe tapi dulu selalu "ehh.asyek muke ko je aku jumpe! ehh, kau lagiikk!". dalam kelas je punn. mmg la. haha Actually , tak busy mane pun , just if balik cuti weekends, more spend time with family. So, rase sengaja, ehh tak sengaja left out kan my friends . hmm :'(  Its time untuk merapatkan silaturahim balikkk.


Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Sooooo, i think macam nak contact semua org, tp impossible la kann? satu medium die , ialah FB. tapi kan , jumpe lagi best. tapi kan lagi, saya student, duit tak masyukk . Minta maaf . naik lori. 

Rasululah s.a.w. bersabda:" Tidak masuk syurga pemutus silaturahim."
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Zubair bin Muth'sim r.a.)

takut :'(
Im learning this too. Tak semua suka kita, tak semua kita boleh layan karenah orang yang lain2, tapiiii, satu je kita boleh buat , jangan sampai putuskan silaturahim. Dosa. Okay? Okay? Tak fhm jugak taktau la *kelipkelipmate* Reminder for me too, saya pun banyak buat silap, tapi kita perbaiki kesilapan kita, to be whaaaatttt? to be a better MUSLIMAH . amin :) Sama sama kita berubah.


Marah menjelma

Hoi hoi. Ehh assalamualaikum. 

marah.marah.marah.marah.marah.marah.*bagi salam pun nak marah marah ke?"

haa. ape nak buat kalau kite sedang marah sgt? marah sgt ni. rase mcm nak hantuk kepala kat dinding, patahkan handphone, campak koyak bantal-bantal yang ada kat dalam bilik tidur tu. Stop Stop ! Dari mana datang marah kalau bukan dari hasutan Syaitannirajim. Ape nak buat ni *argh* . ehemm. ade tips2 die . "kalau marah , mana nak ingat semua tips2 ni " ehh, ape pulak. kalau amalkan , mesti ingat sampai bila bila. Nak seribu daya, taknak seribu dalih :)

So, tips yang pertama cik adik abang yang manis , ISTIGHFAR. *Astaghfirullahalzim* atau baca Ta’awwuz *A’uzubillahi minas Syaitanirrajim*( jauhilah kami dari syaitan yang direjam) 
fuhh kanan fuhh kiri. 


Firman Allah Ta'ala :

"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)


kalau perasaan marah tu ada lagi?

Pergi bilik air, bukak paip. Nampak tak air dari paip keluar tu? tadah tangan . haa ape lagi, ambillah wudhuk. InsyaAllah, air wudhuk itu mampu menyejukkan perasaan marah kita. Nak padam api kena guna air kan kan? :) 


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, 
apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"

(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)


marah lagi?


Berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar diselamatkan daripada sifat marah. Kadang2 happens to me, bila marah, lagi rasa nak cakap , nak bebel apa yang kita tak puas hati kan kan girls? *normal la perempuan* hehe. mana boleh camtu .


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam (Nabi saw mengucapkannya 3 kali)"

(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

And , bila kita tengah marah tu dalam  keadaan berdiri, melompat or berlari *haha , gelak sikit* , bawaklah duduk ye. cari kerusi berdekatan, ataupun bersila je trus kt lantai tu . kalau nmpak tak sopan as gadis melayu terakhir, cari tiang untuk bersandar yee. Tak pun baring, *ehhh terus tertidur laaa. good boy* bangun bangun terus hilang marah . Alhamdulillah :) macamtulah anak mama *ehem*


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk,

 jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)



Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"
Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.
Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

"Ya Allah, berikanlah ketenangan di dalam hatiku ini"
sumber:google


Jika terjumpa Orang Kurang Upaya (OKU)

Assalamualaikum Ya Habibi . 
Once upon a time.. *ecehh* katakanlah suatu hari, anda terjumpa seorang lelaki tua, kudung kakinya, tidak mampu berjalan, tetapi menggunakan kerusi roda atau bertongkat ( of course) , mengagahkan diri untuk survive, dengan kata lain, mampu menggerakkan kerusi rodanya tanpa bantuan orang lain . Subhanallah. Agak-agak bagaimana cara kita menegur golongan ini , dari segi percakapan dan juga perbuatan? *tertanya-tanya* 

Pertama sekali, jika terjumpa , kenalkan diri anda dengan menghulurkan tangan untuk bersalam ( bagi yang muhrim je ehh) . dan jangan bersalam dengan cara street boy pulak, ada gaya salam gitu . ehh, tetibe. Salam untuk tunjukkan kemesraan , bukan jeling sinis je. Kita hanya pinjaman dunia  , ingat tu :) 

Kedua, kena tahu ( agak-agak) umur mereka. bukan tetibe kena tanya, "Pakcik , umur pakcik ni berapa eh? nampak 50 tahun je" silap silap benjol kat kepala. hehe. yela, kadang-kadang ada yang sensitif. jaga perasaan orang kan lebih baik . And then , kalau jumpe golongan OKU yang dewasa dari kita, jangan ngada ngada nak tepuk bahu mereka atau pegang kepala macam kawan korang pulak. *lagu budi bahasa budaya kita keluar* Hanya sesuai untuk budak kecil shaja ye . Baru lah nampak macam bakal suami yang penyayang kat budak-budak . Tetibe lagi.

Ketiga, tangan dan badan tu jangan gatal gatal nak sandar kat kerusi roda tu macam kerusi awam. Amboi, adab mana adab? Tunjuk lah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang penyayang :) 

Keempat , *penat* , jika hendak membantu mereka yang kurang upaya ini , minta lah izin dahulu. Sometimes, mereka tak suka dianggap lemah. Kalau mereka benarkan, tanya pula bagaimana nak membantu .  jangan pulak " kenapa pakcik tak bagi saya tolong ni?! Saya ikhlas tau tak? pakcik tau tak , blablabla " ehh. kurang pahala tau. janganlah paksa kalau mereka tak mahu. Kita tolong apa yang mampu. Bagi senyuman pun kira sedekah :)

Kelima, cara bercakap dengan OKU, bercakaplah dengan mereka dengan kedudukan yang sama tinggi dengan mereka. Apa maksud ni? maksudnya, lebih bertatasusila, berkesopanan , elok molek , jika kita duduk atas dua lutut kita , pandang mata mereka sambil bercakap. Tanda hormat . Ringan beban mereka . Terasa dihormati. Insha-Allah. 

Enam, Scene 1 . Seorang pakcik buta , berkerusi roda. "pakcik , pakcik nampak apa tak saya buat ni? saya tengah makan. pakcik tak nampak eh" biadab sungguh. Astaghfirullahalazim. Jangan sesekali buat begitu ye anak anak. Perkenalkan diri anda dan sesiapa yang ada kat sebelah-sebelah anda. yang tengah jalan tetibe takyah lah kenalkan. yang ikut anda, contohnya, kawan ke, jiran ke. Supaya mereka rasa selamat dan tahu siapa yang ada bersama mereka ( contoh: pakcik td) . Golongan ini selalunya sering bimbang dengan perkara yang mungkin mengancam mereka .

Last but not least,  Scene 2 . Seorang makcik yang kurang pendengaran . Apa perlu anda buat? Pandang mata nya jika bercakap , bercakap dengan nada yang perlahan. bukan lah perlahan sangat. cukup untuk dia dengar. Sederhana. Bukan menjerit. Nanti dianggap menghina pulak. Dosa tau !

Wallahualam. 
"TIDAK KU MINTA LAHIR KE DUNIA, TIDAK KU DUGA CACAT SEBEGINI"
semuanya datang daripada Allah S.W.T , semua yang berlaku ada hikmahnya. Insha-Allah :)

rujukan: Dara.com. ( rujuk je. ayat sendiri)  ^^

Jumaat yang dirahmati

Assalamualaikum semua umat Islam di atas muka bumi ini ,

berbicara tentang Hari Jumaat ,
Salah satu Adab Sunnah di hari Jum'at:

Bersegera ke masjid untuk shalat Jum'at

Abu Hurairah berkata Rasulullah S.A.W bersabda
"Apabila hari Jumaat telah tiba, para Malaikat berdiri di setiap pintu Masjid, mencatat orang yg pertama-tama datang & seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), maka mereka pun menutup shuhuf (buku catatan) & bersegera untuk mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yg pertama-tama datang adalah seperti berkorban dengan seekor unta. Kemudian orang yg datang sesudah itu, seperti orang yg berkurban dengan seekor lembu. Kemudian seperti orang yg berkurban kibas. Kemudian seperti orang yg berkurban dengan seekor ayam. Dan kemudian seperti orang yg berkurban dengan sebutir telur" (HR. Muslim: 850)




Cerita baru

Assalamualaikum jelita dan kacak ,

There is someone who bring me to this blog era. Bukan tak suka ber-blog , tapi just malas nak update sana sini. Facebook tak update, apatah lagi blog. ehemm . Bahasa kelam kabut lagi (walaupun dpt A+ dlm BM SPM) Ahaah. So, tujuan blog ni dihasilkan sebenarnya untuk share some kemanisan dalam Islam :) Tak rugi untuk share sesama kawan kawan or sesiapa yang tertekan blog page ni. Hai!



Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

.
Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain.Selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain, selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham iaitu pahala dan manfaatnya dari ALLAH.

itu je sebagai permulaan . Mari Beramal . 

p/s:  check this blog. banyak info menarik : www.rakanilusi.blogspot.com