Me and Life | MissA | profile |

Jika terjumpa Orang Kurang Upaya (OKU)

Assalamualaikum Ya Habibi . 
Once upon a time.. *ecehh* katakanlah suatu hari, anda terjumpa seorang lelaki tua, kudung kakinya, tidak mampu berjalan, tetapi menggunakan kerusi roda atau bertongkat ( of course) , mengagahkan diri untuk survive, dengan kata lain, mampu menggerakkan kerusi rodanya tanpa bantuan orang lain . Subhanallah. Agak-agak bagaimana cara kita menegur golongan ini , dari segi percakapan dan juga perbuatan? *tertanya-tanya* 

Pertama sekali, jika terjumpa , kenalkan diri anda dengan menghulurkan tangan untuk bersalam ( bagi yang muhrim je ehh) . dan jangan bersalam dengan cara street boy pulak, ada gaya salam gitu . ehh, tetibe. Salam untuk tunjukkan kemesraan , bukan jeling sinis je. Kita hanya pinjaman dunia  , ingat tu :) 

Kedua, kena tahu ( agak-agak) umur mereka. bukan tetibe kena tanya, "Pakcik , umur pakcik ni berapa eh? nampak 50 tahun je" silap silap benjol kat kepala. hehe. yela, kadang-kadang ada yang sensitif. jaga perasaan orang kan lebih baik . And then , kalau jumpe golongan OKU yang dewasa dari kita, jangan ngada ngada nak tepuk bahu mereka atau pegang kepala macam kawan korang pulak. *lagu budi bahasa budaya kita keluar* Hanya sesuai untuk budak kecil shaja ye . Baru lah nampak macam bakal suami yang penyayang kat budak-budak . Tetibe lagi.

Ketiga, tangan dan badan tu jangan gatal gatal nak sandar kat kerusi roda tu macam kerusi awam. Amboi, adab mana adab? Tunjuk lah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang penyayang :) 

Keempat , *penat* , jika hendak membantu mereka yang kurang upaya ini , minta lah izin dahulu. Sometimes, mereka tak suka dianggap lemah. Kalau mereka benarkan, tanya pula bagaimana nak membantu .  jangan pulak " kenapa pakcik tak bagi saya tolong ni?! Saya ikhlas tau tak? pakcik tau tak , blablabla " ehh. kurang pahala tau. janganlah paksa kalau mereka tak mahu. Kita tolong apa yang mampu. Bagi senyuman pun kira sedekah :)

Kelima, cara bercakap dengan OKU, bercakaplah dengan mereka dengan kedudukan yang sama tinggi dengan mereka. Apa maksud ni? maksudnya, lebih bertatasusila, berkesopanan , elok molek , jika kita duduk atas dua lutut kita , pandang mata mereka sambil bercakap. Tanda hormat . Ringan beban mereka . Terasa dihormati. Insha-Allah. 

Enam, Scene 1 . Seorang pakcik buta , berkerusi roda. "pakcik , pakcik nampak apa tak saya buat ni? saya tengah makan. pakcik tak nampak eh" biadab sungguh. Astaghfirullahalazim. Jangan sesekali buat begitu ye anak anak. Perkenalkan diri anda dan sesiapa yang ada kat sebelah-sebelah anda. yang tengah jalan tetibe takyah lah kenalkan. yang ikut anda, contohnya, kawan ke, jiran ke. Supaya mereka rasa selamat dan tahu siapa yang ada bersama mereka ( contoh: pakcik td) . Golongan ini selalunya sering bimbang dengan perkara yang mungkin mengancam mereka .

Last but not least,  Scene 2 . Seorang makcik yang kurang pendengaran . Apa perlu anda buat? Pandang mata nya jika bercakap , bercakap dengan nada yang perlahan. bukan lah perlahan sangat. cukup untuk dia dengar. Sederhana. Bukan menjerit. Nanti dianggap menghina pulak. Dosa tau !

Wallahualam. 
"TIDAK KU MINTA LAHIR KE DUNIA, TIDAK KU DUGA CACAT SEBEGINI"
semuanya datang daripada Allah S.W.T , semua yang berlaku ada hikmahnya. Insha-Allah :)

rujukan: Dara.com. ( rujuk je. ayat sendiri)  ^^

1 comment:

  1. AIM casino and slot machines to bring the boom for South Africa
    The new 삼척 출장샵 South African casino industry has been delayed by more 하남 출장마사지 than a month due 대전광역 출장안마 to the ongoing coronavirus 화성 출장마사지 outbreak. The 남양주 출장샵

    ReplyDelete