Me and Life | MissA | profile |

Makeup addict - Obses

Quote for life :3
 

Kalau dulu sekolah menengah , pandai pakai fair & lovely dengan safi balqis je. Tu pun bertapuk. Dulu tak ada orang kisah pun. Naik je matrikulasi, jerawat dah pandai bertapak kat muka ni. Sikit sikit dia ajak kawan dia. Then pandai lah pakai bedak tepek tepek sikit kat muka, pakai lip balm colour colour kat bibir. Lip tint tak femes pun lagi time aku. Yelah, muka macam aku bangun tidur, kalau tak letak apa apa memang selekeh habis. *Nak tengok orang tu natural beauty ke tak, tengok time dia bangun tidur*. Time matrikulasi pulak aku kenal Michelle Phan je makeup guru. Selebet je dia dulu. Sekarangg, dah kaya ada produk sendiri, makin cantik lah dia.

Naik first year universiti, iolls tengok kenapa semua memondanz make up make up ni?! Iolls suka natural beauty je lah. Haha. Then aku pun pun mengada la nak try makeup kan. Tapi kadang kadang je makeup. Sebab dulu aku more to skincare, sebab nak smooth complexion , so kalau pakai makeup cantik je la kan. Best look makeup is when your skin like a clean canvas. Then lelama, mula lah mengada nak try produk produk bagai. Nak memondanz sekali kan. Kalau nak tahu , makeup/skincare produk ni generally terbahagi kepada dua, drugstore or high-end makeup.

Drugstore produk ni selalunya ada kat Watson, Guardian, Sasa ( pun boleh kot). Example of their makeup/Skincare products, which available in Malaysia are Loreal, Revlon, Maybelline, Silkygirl, Kate, Collection 2000, Cybercolours, Essence, In2it, Majolica Majorca, Catrice, Sendayu Tinggi and Rimmel (taktau kenapa kat Malaysia dah tak ada keluaran). Antara semua makeup product yang aku listkan, semua aku pernah beli , eh except Majolica Majorca (produk jepun kot?).

High-end product pulak , kalau kat Malaysia ni selalunya dijual di Parkson (G), Jusco (G), the brand store itself and the femes ames store, Sephora. Aku kalau masuk Sephora jadi juling mata haha. Contoh high-end makeup products Benefits, Bobbi Brown, Smashbox , Chanel, Mac, Nars, Urban Decay, Too Faced, Elf, Laura Mercier, Tarte,  Estee Lauder, Bare Minerals, Shu Eemura, NYX (kalau kat luar NYX dikira drugstore product, tapi taktau kenapa dia masuk Sephora bukan watson), and maaaaany moree! Antara semua brand ni, NYX je aku mampu. hahaha k.

Kalau nak cerita bab makeup ni , sejuta tahun pun tak habis. Ha gituu. Sebabnya aku obsess dengan makeup sampai boyfriend aku bising membazir duit .

Ni baru MUKADIMAH. Next entry aku nak post , Must-have makeup , my makeup bag, and alsoooo my splurgesss, and anddd I want to sell my 99.9999% used makeup/things yang dah sanitized , untuk orang yang nak try tapi takyah-beli-memahal-sebab-aku-dah-ade-review . Haaa gitu. K tak sabar nak buat semua entries tuuu.


Toodles.