Me and Life | MissA | profile |

Ekonomi Oil and Gas teruk - Kerja dan Komitmen (Life Update)


Holaaaaa! Setelah setahun (SETAHUN LEBIH), aku muncul kembali!

Pehh, memang jenis annual blog post ke camne ni. Macam biskut. Sekejap ada sekejap takde.
First of all, aku bersyukur sebab Allah masih bagi rezeki kat aku untuk bekerja lagi. Takkan hangpa taktau macamana keadaan ekonomi tahun ni, tahun 2016. Teghuk, hancus. Takdela hancur sangat, tapi semua tengah lalui kan sekarang? Dengan GST nya, semua benda naik harga , dan harga minyak terus merundum. Tak caya gi bukak FB ke twitter, kalau tak cakap pasal Na & Ro, diaorang tiba tiba jadi pakar kewangan , pakar politik dan segala pakar yang baru wujud di Malaysia. Tak terkecuali, aku. Aku yang membaca dan memerhati je la. Haha.

Di sebalik huru hara ekonomi tu, ada seorang minah ni tersepit di tengah tengah bandar Kuala Lumpur dengan kerja oil & gas nya. Aku lah tuuu. Konon konon gah lah oil & gas ni dulu. Siapa masuk bidang ni be like ‘wahh, gaji masyuk. Belanja ah!’ ‘wah bonus kau berapa puluh ribu weh? *nganjing*’ ‘wah iphone 7 ke sekarang? *tibe-tibe. Hekk korang la. Sekarang ni, no more no more. Orang tukar soalan pulak ‘Weh kau tak kena VSS/MSS?’, ‘Weh company kau kena buang berapa orang?’ ‘Kau buat project apa sekarang? Apa? EIP? Apa? Goyang kaki hisap vape je??’ atau lagi sakit hati lagi ‘eh tak kena buang lak kau?’ ciss, kalau kau tanya camtu lepastu offer kerja baru takpe la jugak. I am obviously affected dengan semua benda ni. Sebab tu jangan tanya kenapa aku menghilang setahun lamanyaaaaa. Hiks.

But, good things is kau belajar untuk STRUGGLE to maintain your position , learn as much as you can sebab any moment kau boleh dibuang. Tapi setakat ni, praise to Allah, department aku ni special sikit sebab kitaorang ni specialist. Ada 4 orang je total. Department lain sampai 40 orang, 60 orang bagai . So lucky tang tu je la, sebab tak mungkin HR sentuh kitaorang. Doakannnn plissss. I need this stable job and the moneyyyy. *cry*

Soo, apa cerita aku selepas setahun lamanya? Mai aku update sikit apa yang aku dah achieve almost 2 years dah kerja ni, apa komitmen yang ada selepas more than a year bekerja, apa up and downs aku dalam surrounding tempat kerja aku, etc etc.

1) I hate my job but I love my job. Ironic? I know.
2) One month , you are super busy like no one can kacau you even lunch time. And one time , when everything done, you be like..... BORINGGGG GILAA! Then korang macam , please bagi aku kerja sikit pun jadi lah . atau pun ade kerja sikit sikit tapi time nak rehat kejap lah orang lalu ingat kita tak buat kerja.
3) Komitmennnn. KERETA Alhamdulillah I've been riding my cute Tgirl dah ONE YEAR! That's why jarang update blog, been busy jalan-jalan like no one careeee hahahaha.
4) Company oil and gas buang orang , so kita macam , hidup segan mati tak mahu. Gitula ghupe bunyi nya. Sebab kau tak tahu nasib kau kan , yang pasti REDHOOO
5) Bila dah 2 tahun kerja kat KL, kau jadi taktau nak makan APA dan makan DI MANA. soalan sensitip. kau ulang ulang makan benda sama tak pun mahal or murah.
6) Obses bertambah kat.... MAKEUP
7) Praying my job yang dah stable ni , masih stable, kereta Alhamdulillah with my own money, nexttt menuju keeee... RUMAH sendiri dan KAHWIN. InshaAllah.
8) Will be updating more..
 
*Last entry aku berkenaan pengalaman mula-mula dapat kerja setelah ber-internship di company yang sama. Post yang tips mencari tempat intern tu pun dah banyak view , terkezut iolls. 
 

No comments:

Post a Comment