Me and Life | MissA | profile |

Peduli orang kata // kerja di Kuala Lumpur

Kalau aku search through google pun, aku akan type tajuk tu. Senang orang dapat search apa dia nak tahu. Betul tak? *kenyit mata* .
 
Kuala Lumpur. Yes, bandar lumpur di tengah tengah kotaraya. Bandar lumpur sebab lately ni selalu hujan, memang berlumpur and banjir. Tengah hari panas membahang, petang mendung hujan. Nasib iolls duduk kat ofis beraircond. Alhamdulillah.Tapi yang kena kerja tengah tengah panas terik tu, aku salute ok? Demi mencari rezeki, biaq pi lah orang kata kan. Allah yang bagi rezeki, bukan hangpa semua yang pandang jelik tu. Yang dok pandang mcm ew eww tu, balik cermin diri. Kau kaya pun bukan nya seratus peratus daripada hasil diri sendiri. *ok dah dah*
 
Harini nak cerita. Macamana pe'el orang orang kerja kat KL ni, suasana lepas subuh orang berpusu-pusu nak pergi kerja , and macam macam lagi. Macam aku, dari damansara ke ampang park , bangun pukul 5.30 pagi, gerak dari rumah pukul 630pagi sampai office pukul 7.45pagi. Sebab kena transit dari KL Sentral. Kalau aku bangun lambat? Memang pukul 8/8.15pagi aku masuk office. Lepastu kena headache terukkk. Tak suka. KTM lambat, tapi LRT best. Laju !
 
Kalau sesiapa nak kerja kat Kuala Lumpur ni ,
 
First : Search dulu rumah or bilik sewa yang dekat dengan train yang menuju ke tempat kerja korang. Kalau naik moto, senanglah. Tak perlu ambil masa nak tunggu train, berebut tempat duduk. Kalau rumah atau bilik sewa dekat, korang terbangun lambat, takdelah TERBELIAK bijik mata tu. Haha. Save time, Save Money. Macam aku, sebab duduk dengan parents dulu , tunggulah gaji kedua ke ketiga baru pindah. Takpe, parents korang pun bukannya tergamak pun nak halau korang. Yang bawak kereta pulak, hadap la jalan KL yang famous dengan jammed pagi petang. hehe
 
Second: Manage your money. Wa cakap sama lu, duduk KL ni , fiuhhh, kos sara hidup tinggi bebeno. Kalau boleh berjimat lah ye. Taknak berjimat pun, dari gaji or simpanan tu simpan lah dalam RM200-RM300 buat backup. Lagi-lagi area ampang park and klcc ni, meehun dgn sosej je dah rm7. Tu baru makan pagi okay. Kalau tengahari? Buat pulak overtime nak makan malam? Haaa. kira kira. Aku dah buat dah kira-kira walaupun tak pernah ambil subjek account. Hehe. Total campur duit train pergi balik, makan dalam rm500+ sebulan (makan pagi sahaja!). Kalau gaji banyak tak rasa la sangat, kalau gaji sikit? Bayangkan je lahh. Tak campur yang kau craving makanan memahal seminggu sekali. Perut pun nak demand kekadang. Betul tak?
 
Third:  Be prepare. Prepare lah kesabaran diri tu dengan karenah manusia yang memacam ni. Aku pun tak perfect, tak rasa pun diri ni malaikat, cuma ada lah rasa nak terkeluar ayat ni dari mulut "hello people, guna la common sense. takkan kau tak nampak depan mata kau makcik/pakcik tu nak duduk, takkan kau tak nampak orang buta tu nak jalan. kau main langgar je" anddd " hello, kat Kuala Lumpur ni, belah kanan escalator untuk  orang nak cepat , harus lah naik/turun tangga tu, nak berdiri santai, sila ke belah kiri' Haa gitu kau. Tapi iolls baik, iolls ckp dalam hati je. Dengan fikir positive yang diorang ni first time datang sini :) Kesabaran banyak teruji wo. Fikir fikir, mesti ada orang teruji dengan perangai aku gak, ye dok?
 
Fourth: Bersedia jugak dengan kritikan kritikan dari mulut pedas , yang tak habis habis nak komen pasal kau pakai baju harini tak kena , warna tudung kau pink sangat, baju kau macam orang tua, kau ni fashionable sangat. Sabooo je lah. Pedulik. Kau punya duit, kau beli baju tu , so kau pakai je la dengan confident. Tapi beragak jugak lah ye combination baju tu. Faham faham je lah hihi *ni belum campur gossip sekumpulan mak jemah lagi. drama ofis!*
 
Fifth :  Kat KL ni please lah jaga keselamatan diri. Tak kisah lah kau dari pelosok mana, datang dari tempat social ke apa, tapi kat KL ni penjenayah ramai. Kita tak nampak, tapi waktu malam diaorang aktif. Lagi lagi , yang dok usha kau tak kelip atas bawah. Serammm! Please elakkan lalu tempat gelap sangat melainkan ada orang, bawak pepper spray or payung ke and jangan lah ramah sangat dengan orang kita tak kenal memalam. Bahaya !
 
Sixth : Goodluck ! Focus what you aimed for, sebab bila kita ada aim, ada goal nak dicapai so tak ada lah rasa bosan tak tau hala tuju kita kerja. Kerja kena ikhlas, walaupun deep down kita menyampah dengan boss kita, shows respect and smile. Kita buat kerja kita, dia buat kerja dia. Tanggungjawab dan amanah Allah kita tunaikan. We make money for a better life, so make it worth for each ringgit you've got.
 
# Kalau jenis basuh rambut pepagi nak pergi kerja, make sure rambut tak berbuah or kelemumur bila pakai tudung tu . Keringkan betul betul macam dalam tips ni.


Gituuu.

No comments:

Post a Comment