Me and Life | MissA | profile |

Tips mencari tempat praktikal/internship

Assalamualaikum & Haiiiii.
 
Ahhhhhh *jerit* lama sangat sangat tinggal dunia blog ni. Dari tahun 2012 hokay. Lama sangat tuu. Busy bebeno 2 tahun ni. Taraaa! Muncul kembali setelah bekerjaya. Ececehh. bekerjaya la sangat. Kenapa muncul balik ni? Sebab...kerja ofis ni boring kalau tak ada kerja. Alasan alasan. By the way, nak bagitahu niii. Lagi seminggu iolls nak konvo degree nii ! Excited tahap tak tidur , diet tahap nak nampak kurus dalam gambar *ihiks* , tahap listkan senarai persiapan nak konvo. Haa gitu. Tips untuk persiapan konvo tu next entry k? #sebabtakkonvolagi
 
Macamana aku dah kerja , padahal aku tak konvo pun lagi? Hm. Susah nak jawab. Semua nya rezeki daripada Allah s.w.t. Syukur. Lepas habis je 3 tahun belajar Degree in Material Science, terus praktikal 3 bulan kat company Oil and Gas Engineering, then dapat recommendation dari Supervisor untuk kerja. Nama? Dirahsiakan. Next next entry iolls cerita pasal kerja pulak k.
 
Disebabkan dah tinggalkan alam belajar ni, *kengkonon* , saje lah nak share kenangan waktu lampau tak lampau masa nak cari tempat intern. Tempat intern aku ialah tempat kerja aku sekarang. Nak bagi tips kerjaya , baru je berapa bulan kerja. macam tak layak sajo. hehe.
 
Tips mencari tempat internship/praktikal/latihan industri:
 
1. Tetapkan future goal/path.
 
Memanglah kita taktau kan kita kat mana untuk tahun tahun seterusnya tapi usaha tu Allah suka ye. However, for practical student memang kena ambil tempat latihan industri yang berkaitan dengan bidang yang diambil kat universiti/kolej. But a quick reminder, sambil sambil tu tetapkan niat dan matlamat jugak tempat intern tu bakal jadi tempat alam pekerjaan kita. Barulah ade semangat! Ada orang belajar bidang lain, kerja bidang lain. Normal. Rezeki Allah s.w.t ada di mana-mana sahaja.
 
2. Kecilkan scope and define your goal
 
Apa maksud dia? Contoh camni, kalau bidang aku Material Science. Scope dia meluas. o&g kau boleh masuk, kilang plastik/kaca kau boleh masuk, composite aero buat kapal terbang kau boleh jugak, lab buat getah untuk tayar kenderaan pun boleh, etc etc * haa terer tak course ni. apply kt UKM muahaha* , disebabkan banyak scope, siang malam tak tidur fikir yang mana aku suka, minat, boleh mendatangkan hasil *sebab niat aku nk tolong family* . Then dah pilih, baru senang nak pilih tempat praktikal. Betul tak? Kalau tak setuju, k takpe.
 
3. Takes time to search about the company
 
Nak seribu daya , taknak seribu dalih . cheh pepatah lama ler. tapi berguna ya. Ambil lah masa sebulan ke dua bulan search la seberapa banyak company yang kau nak, asalkan puas hati bila tahu apa company tu buat. Daripada dah masuk then menyesal sebab indah khabar dari rupa, atau tak serupa bikin! Dah search padu punya, barulah listkan senarai pendek company yang berminat kat kertas A4 ke A5.
 
4. But dont takes time too longgg
 
Memang takes time, ambik masa nak cari company sesuai. Tapi janganlah sampai terlepas due date nak submit pengesahan tempat praktikal kat pihak univerisiti. Tak pasal pasal , sehari dua nak intern, baru lahhh nak gelabah. Bukan diri je gelabah, lepastu kena herdik dengan akak/makcik kaunter yang garang tu.  Naya! *kalau macam intern UKM masuk kredit*
 
5. Ambil nasihat yang elok, pedulikan yang hasad
 
Yang ni penting jugak. Kalau rasa diri sendiri tak boleh fikir nak pilih mana, atau rasa "eh ehhh iolls keliru laa" *Awak kat mana, awak awakk kat mana LOL - siapa faham?* , sooo boleh lah ringan-ringankan mulut or jari untuk whatsapp tanya pendapat orang. Tanya pendapat parents lagi baguss. At least, orang lain boleh share pengalaman macamana suasana bekerja, suasana tempat intern yang pernah orang dah kerja kat situ, atau dengar sokksekk soksekk orang pasal tempat intern tu . Worth it.
 
6. Cover letter mantap, Resume gempak
 
Dah list, dah tanya pendapat, then next step.. official things. Cover letter, resume, academic qualifications and etc. Cover letter ni macam pembuka bicara la kat HR or boss company tu menyatakan korang nak intern kat tempat dia. Contoh cover letter boleh search . Berlambak. Tak pun ikut format Universiti. Then tarikh & alamat tukar setiap kali hantar kat different companies okay. Resumee. Ni lagi lah penting. Jangan tipu dalam resume! Kalau kau tak boleh buat kerja yang apa ada dalam resume, serta merta boleh kena buang. Kalau dapat boss baik takpela. Format and contoh pun banyak. Google jeee.
 
7.Email/ Call sampai lebam!
 
Email/ Call! Wajibbb. Macam aku, buat satu email professional khas untuk intern/kerja/rasmi. Then email la SEBANYAK MUNGKIN company mana yang kau nak. Tanya availability/kekosongan untuk intern kat situ. Kalau satu scope bidang kau, ada beribu company berkaitan. Daerah and negeri je berbeza. Hantar terus cover letter / resume/ academic qualification kat diorang. Then tunggu je lah reply. Nak senang , call! Serta merta dapat jawapan . Kalau korang nak tahu, aku apply lebih dari 20 company luar dari cadangan pihak UKM. Ada panggil interview. Aku tak pergi 2 daripada 3.
 
8. Next step?
 
Dah email, dah call , maka kita tunggu saje lah jawapannya. Jangan tunggu satu-satu company reply. Buat backup , apply je kat banyak banyak company. Yang penting, YAKIN dengan rezeki Allah s.w.t. REDHA dengan ketentuan Allah s.w.t. TAWWAKAL lepas dah berusaha keras untuk apply and SYUKUR dengan rezeki Allah s.w.t. Ehhhh jangan ingat buat resume benda alah ni, email call company ni bukan usaha keras tau. Cuba dulu, baru tahu keras ke tak keras usaha tu. Boleh nangesss tau . Ehee.
 
 
*Nanges kejap bila fikir zaman semua ni dah berlalu. Tiada lagi zaman universiti. Sekarang zaman boring kerja, tapi bila fikir duit..hmmm . haip, duit tu rezeki share satu family. Alhamdulillah
 
 
 
Jangan jadi macamni ye. Be an original you :)
 
 

4 comments:

  1. Boleh tau company oil n gas kat mana?

    ReplyDelete
  2. Boleh tau company oil n gas kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf lambat reply. Kat Jalan Tun Razak, KL :)

      Delete
  3. salam miss A. saya student ump degree in material technology. saya berminat dgn kapal terbang. apa pendapat miss A ? dan saya nak tahu, betul ke o&g pon salah satu dari bidang ni? How can? thankyou miss A sbb sudi luang masa jawab pertanyaan saya. :)

    ReplyDelete